Syasya Nabilah. 15 years old. Malaysian.

Sunday, February 6, 2011

Parents

Tadi bukk blog cousin (fatin fareeha) jap . tengok tengok and aq bce laa post parents nie . serious aq ckp , mmg ske gila post nie :) so , im just repost this back . have a nice reading :D




Dalam dunia ini, 

Kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri.
Tetapi dalam kita bersendiri, 
Kita beruntung kerana mempunyai ibu bapa yang memahami kita.
Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran mereka, begitu juga mereka. 
Tetapi kita sering terlupa akan hal itu. 
Kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita. 
Kita rasa dikhianati tatkala mereka tidak menepati janji. 
Kita tidak memberi mereka peluang untuk menerang keadaannya. 
Bagi kita, itu alasannya menggunakan kuasa sebagai ibu bapa.
Kita terlupa, kita juga pernah membiarkan mereka kecewa.
Kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati. 
Kita beri beribu alasan, memaksa mereka menerima alasan kita. 
Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaan mereka?? 
Seperti kita, mereka juga tahu rasa kecewa.. tetapi kita sering terlupa. 
Untungnya mempunyai insan yang sentiasa di sisi kita pada waktu kita memerlukan mereka. 
Mereka mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan, harapan dan impian kita luahkan, 
Mereka memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah walaupun kadangkala tidak kita sedari,
Selalunya kita terlalu asyik memikirkan perasaan kita,
Hingga kadang-kadang terlupa mereka juga punya perasaan.
Pernahkah kita memberi mereka peluang menjelaskan apa yang kita lakukan benar ataupun tidak?
Pernahkah kita cuba memahami mereka?
Ikhlaskah kita mendengar segala nasihat mereka?
Mampukah kita menjadi sumber kekuatan mereka dengan tidak mengecewakan mereka?
Dapatkah kita yakinkan mereka bahawa kita boleh dipercayai, mampu menjaga mereka di hari tua kelak?
Bolehkah kita menjadi bahu mereka sandarkan harapan mereka?
Sesekali jadilah anak yang mendengar dari yang hanya merungut.
Ambillah masa untuk memahami hati, perasaan dan keadaan mereka, 
Kerana mereka juga seorang manusia;
Mereka juga ada kelemahan dan kita perlu menjadi sumber kekuatan mereka.
Jadilah kita seorang yang prihatin kerana di sebalik nasihat mereka, mereka amat sayang kita.
Disebalik senyuman mereka itu, mungkin banyak bebanan yang mereka tanggung. 
Disebalik kesenangan mereka, mungkin tersimpan seribu kekalutan, 
Kita tidak tahu.. 

Tetapi jika kita cuba jadi anak yang baik, mungkinkah segalanya akan berubah?



No comments:

Post a Comment